Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengajak komuniti antarabangsa bekerjasama dengan mengamalkan semangat keluarga dunia, dalam menghadapi cabaran global.

Menurut Perdana Menteri, kemelut yang dihadapi dunia sekarang boleh ditangani jika semua negara anggota Pertubuhan Bang-Bangsa Bersatu (PBB) melaksanakan peranan masing-masing sebagai sebuah keluarga besar.

Beliau menggariskan sembilan perkara pokok untuk diberi perhatian oleh pemimpin dunia.

Ia merangkumi sistem monetari dan kewangan antarabangsa, konflik global, keadaan di Ukraine, kependudukan Palestin oleh Israel di Palestin, hidup bersama dalam budaya damai, keadaan di Myanmar, reformasi PBB dan pembangunan mapan.